Search


Tak dapat saya gambarkan perasaan sayu dan p...

  • Share this:


Tak dapat saya gambarkan perasaan sayu dan pilu kedua ibubapa dan keluarga adik Zulfarhan Osman Zulkarnain mangsa penderaan yang dizalimi oleh rakan-rakannya di UPNM hanya kerana seorang bomoh memetik namanya mencuri sebuah laptop.
.
Tapi saya dapat bayangkan perasaan takut, bersalah, dan betapa menggigilnya mereka yang 'bergotong-royong' memukulnya dan menekap seterika wap di seluruh badannya sampai 80% melecur dan sampai keadaan arwah dah macam daging bakar. Saya yang tiada kaitan dengan arwah pun sebak membaca apa yang terjadi terhadapnya.
.
Kenapa? Kamu fikir tindakan kamu takkan buat sampai dia meninggal dunia? Kamu fikir kamu cuma mahu memukulnya? Sampai melecur tahap tiga kamu orang buat dia. Kamu masih tak sangka dia boleh mati ke?
.
Gelap masa depan kamu jika disabitkan kesalahan. Dan saya doakan kamu semua tidak akan terlepas. Allah Al-Adl.
.
Sekarang ni di @tv3malaysia juga sedang diulangtayang drama Syurga Nur arahan Jinggo yang juga berkisar tentang penderaan. Berbeza konteks namun intipatinya tetap sama; dera. Masihkah masyarakat kita tidak mengambil iktibar?
.
Peringatan juga kepada para ibubapa, sekiranya anak mengadu dia dipukul, tak kira lah serius atau tidak, ambil tindakan. Jangan dibiarkan kerana menganggap ianya tidak serius. Buli tetap buli. Dera tetap dera.
.
Doa saya mengiringi pemergian arwah Zulfarhan. Doa saya juga buat keluarga mangsa. Semoga roh arwah dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah.


Tags:

About author
Hosting | Acting | Business
WELCOME TO THE OFFICIAL PAGE OF UYAINA ARSHAD!
View all posts